15 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!
Kahwin awal ataupun kahwin muda
merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24.
Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika
mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di
mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara
biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa
ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan
ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin
awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk
pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya
menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh
hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri
dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting
dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga
seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan
lagi kan?
2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama
dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk
memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan
manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana
iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri
dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan
depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih
baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya
lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa
perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah
rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat
sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam
quran pun ada sebut.
"Diantara
tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang."
(Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan.
Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan
dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa
meronta-ronta.:)
4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama
risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa
cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat
hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju
matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama
saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat
keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat?
Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini
mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia
inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal
menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu
sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah
berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila
datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan
seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia
saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya
perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan
ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian
dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu
menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh
tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada
seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat
dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap
masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya
sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama
mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia
biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!
7.Hilang fokus
Mama
dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita
teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak
univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung
belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak
sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan
berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan
perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50
peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor
lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan
fokus itu kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif
ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya
ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk
kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada
dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya
sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri
saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut
jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat.
Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk
melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya
selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari
menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh
“enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada
usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan
matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang
bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan
bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar
saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak
di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton
perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan?
Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam
pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga
mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran
dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang soleh
Saya
ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya
untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam
berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan
taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan
saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang
taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat
kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan
menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah
mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang
soleh.
11 Fikiran lebih matang
Berkahwin
dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada
lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca
komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih
berfaedah dan matang.
12 Membaiki diri
Ramai
mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah
perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang
lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat
dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur
dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada
kelapangan masa.
13 Plan jangka panjang
Jika
berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai
waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana
mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas,
ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri
bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi
honeymoon tanpa gangguan :P
14 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya
tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda,
menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah
berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda
berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk
tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
15 Rezeki bertambah
Antara
alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana
kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah,
lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu
memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan
hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah
tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda
walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi
kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
Wallahua'alam
Sumber:
1.http://zoncinta.com/10-sebab-mengapa-anda-perlu-kahwin-muda/
2.http://penpatah.blogspot.com/2012/09/antara-sebab-kenapa-perlu-kahwin-muda.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan