sambungan...
Sementara itu, seorang kanak-kanak lain bernama James Leininger(11) dari Amerika Syarikat juga mendakwa memiliki kehidupan masa lalu sebagai Jack Larson, seorang bekas juruterbang pesawat perjuang Natoma ketika era Perang Dunia Kedua. Malang sekali, pesawatnya jatuh terhempas dan terbakar selepas terkena bedilan meriam jepun.
Anehnya, James gemar bercakap perkara yang sama sejak dia berusia tiga tahun. masanya juga banyak dihabiskan dengan bermain kapal terbang mainan. Dia pernah melukis menggunakan warna krayon, menggambarkan kejadian hitam itu dan menamakannya sebagai James 3. Perlaku pelik si anak ini membuatkan ibunya, Andrea, membawanya berjumpa seorang kaunselor dan terapi, Carol Bowman.
Bowman memberitahu bahawa dia percaya kadang-kadang orang yang sudah mati boleh dilahirkan semula. Kenyataan ini begitu mengejutkan Andrea. SUkar untuk mempercayai penjelasan tersebut, si ayah, Bruce menyiasat sendiri kebenaran cerita anaknya. Setelah melakukan beberapa kajian, dia menemui natoma dan Jack Larson yang nyata.
The Natoma Bay adalah sebuah kapal induk perang di lautan pasifik. Nama sebenar Jack larson adalah Leftenan James M.Huston Jr, seorang juruterbang pesawat pejuang yang terbunuh dalam serangan di Iwo jima pada 3 mac 1945. Ketika usia James enam 2004, Bruce membawa anaknya menghadiri majlis pertemuan semula bekas veteran tentera yang pernah berkhidmat di Natoma.
Mengejutkan, si kecil ini mampu mengenali salah seorang teman rapat Houston, 60 tahun lalu. Banyak perkara yang James ketahui dan mereka berbual begitu lama seperti sudah kenal lama. Kisah aneh kanak-kanak ini pernah disiarkan di ABC News pada tahun 2004.
Apa yang mengejutkan, James hanya seorang budak kecil, tapi mengetahui banyak perkara tentang pesawat juang.Manakala Macauley pula tidak pernah sampai ke Pulau Barra yang terletak jauh dari Glasgow,Scotland. Jadi, bagaimana kanak-kanak ini mengetahui kehidupan asing di situ?
Profesor Paul Kurtz dari State University of new York di Bufflo, yang menyiasat dakwa paranormal ini mengatakan dalam situasi setuasi sebegini ibu bapa banyak"menipu diri sendiri". Mereka tertarik dengan misteri, justeru membina sebuah cerita dongeng.
Kes James dan Macauley merupakan sebahagian daripada kes 2500
kanak-kanak dari seluruh dunia yang mendakwa memiliki kenangan hidup
sebelumnya. Misteri pelik ini pernah dikaji secara akademik di
Universiti Virgina sejak 40 thahun lalu namun masih belum ada jawapan
yang pasti mengenainya.
edisi memori dilahirkan semula telah selesai....selamat membaca
edisi memori dilahirkan semula telah selesai....selamat membaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan