#Aktif dengan pelbagai aktiviti
Sentiasa
penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan
berfaedah sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, adalah
disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda
akan mudah dikenali ramai.
#Menjadi seorang yang peramah
Jadilah
seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang
yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa
selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu
menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan
menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri
dengan kegiatan yang sihat sahaja.
#Pendengar yang baik
Jadilah
seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang
padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang
menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar
yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain
rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau
tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu.
#Jadilah diri kamu sendiri
Cuba
menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang
kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan
mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia
tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak
daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa
anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya.
#Hindari tekanan
Setiap
orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau
tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai
penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan
daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada
rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah
yang dihadapinya kepada rakannya.
#Peranan mata
Untuk
menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama
matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai
kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata
seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan
mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak
menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya.
Bicara penuh semangat ketika berbicara
Jangan
malu-malu untuk memulakan perbualan. Pilih topik yang menarik untuk
dibincangkan. Cuba elak topik yang membosankan. Orang yang mempunyai
semangat yang tinggi ketika berbicara biasanya mempunyai ramai rakan
kerana cara mereka itu memudahkan orang lain untuk mendekati mereka.
#Berketrampilan
Imej
diri perlu dijaga. Dengan itu penampilan diri mesti hebat atau sedap
mata memandang. Imej yang baik akan menyebabkan ramai teman suka
mendampingi kita. Bak kata pepatah Inggeris, Dont judge a book by its
cover. Namun secara umumnya imej luaran individu menjadi cerminan kepada
personaliti dalamannya. Jadi sekiranya imej anda agak buruk, disarankan
agar ditukar segera.
#Ketawa penawar jiwa
Dengan
ketawa hati akan melupakan segala masalah. Jadi jangan biarkan rakan
kita bersedih. Kalau boleh cuba wujudkan suasana gembira untuknya. Cuba
hiburkan rakan kita yang bersedigh itu supaya kembali ceria. Tapi jangan
sampai anda buat lawak bodoh pula.
#Muka biar manis
Wajah
yang sentiasa manis dan ceria akan menjadikan anda mudah didekati.
Elakkan berwajah masam mencuka. Apabila kita berwajah manis, rakan-rakan
kita akan turut merasa gembira apabila mendekati kita. Jadi senyum.
Seperti kata pepatah, senyum itu sedekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan