Selasa, 3 Disember 2013

Ingatkah Kita!! bahagian 1

Memori Dilahirkan Semula

CAMERON Macauley, seorang kanak-kanak lelaki comel berusia 5 tahun. Tinggal bersama ibunya, Norma(42) di Glasgow,Scotland. Apa yang memeningkan kepala si ibu, anak ini sering menceritakan tentang kehidupan masa lalunya di sebuah pulau terpencil bernama Barra sejak dia berusia 2 tahun lagi. Pulau Barra terletak 220 kilometer dari Glasgow.

   Dia menjelaskan secara terperinci kenangan sewaktu zaman kanak-kanak, tinggal di sebuah rumah putih di tepi pantai sering melihat pesawat mendarat menerusi tingkap bilikny, memiliki tujuh orang adik-beradik, berbica tentang bekas ayahnya bernama Shane Robertson yang telah mati dilanggar kereta serta punya dua ekor anjing berwarna hitam dan putih.


   bertambah pelik, dia kerap menangis kerana terlalu merindui adik-beradiknya di sana dan bermain rockpools di pantai.Dia ingin keluarganya di Barra tahu bahawa dia berada dalam keadaan baik. Anak ini juga selalu mengeluh tentang tandas yang ada di rumahnya kini hanya satu, sedangkan di Barra mereka memiliki tiga buah bilik air. Hairannya, cerita dan rungutan Macauley itu tidak pernah berubah sampailah ke hari ini.


   Norma kemudian berjumpa pakar psikologi, Dr. Chris French dan mengadu perihal perlakuan aneh anaknya itu. French berpendapat, bicara Macauley mungkin hanya imaginasi yang terjana menerusi maklumat program televisyen yang pernah ditonton sebelum ini. Kurang berpuas hati dengan penjelasan itu, si ibu berjumpa pula pakar psikologi pendidikan kanak-kanak, Keran Majors. Di situ,Norma diberi penjelasan bahawa memori macauley sangat berbeza dengan kanak-kanak normal lain.


   Aneh sekali, tiada jawapan mudah untuk menerangkan situasi yang dihadapi si kecil ini. Lalu,norma nekad membawa anaknya ke Barra dengan menaiki pesawat brith Airway. maccauley kelihatan begitu bersemangat dan tidak pernah berhenti bercerita tentang masa lalunya. Tiba di Barra, anak ini mengaku mengenali banyak tempat di bahagian pulau itu. Sayangnya, mereka tidak dapat mencari rumah putih yang di ceritakan itu.


   Mereka mengunjungi pusat warisan tempatan untuk mencari maklumat keluarga yang pernah tinggal di pulau itu. Sejarawan tempatan, Calum Robertson MacNeil memberitahu keluarga Robertson Pernah tinggal di sebuah rumah putih di tepi pantai sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. norma dibawa ke lokasi yang dimaksudkan tanpa memberitahu anaknya ke mana mereka hendak pergi.


   Ketika mereka sampai di rumah putih, Macauley yang biasanya rancak bercakap, tiba-tiba terdiam dan tunduk. Mereka menemui banyak perkara mirip seperti yang didakwa anaknya. Menurut MacNeil, keluaraga Robertson pernah mempunyai anak seusia Macauley. Bagaimanapun, MacNeil tidak tahu apa yang terjadi dengan keluarga itu. Cuma sesuatu yang nyata berbeza daripada cerita macauley ialah, tidak pernah berlaku kematian dalam keluarga itu.




bersambung....
tunggu sambungan nya...harap maklum...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan