Soalan penuh:
Ada
orang alim yang berkata bahawa tidak boleh bersama dengan suami/isteri
pada malam Aidilfitri dan malam Aidil Adha, juga pada malam 1, 15 dan 30
bulan Qamari kerana pada hari hari tersebut syaitan bersama dgn
pasangannya, justeru itu dikuatiri air mani syaitan tersebut bercampur
dgn air mani suami/isteri yang bersama pada malam itu. Ditakuti juga
anaknya yang lahir kelak akal cacat, atau terlampau nakal/jahat.
Benarkah dakwaan ini, atau adakah dalil yang membenarkan dakwaan ini.
Jawapan:
Berikut adalah petikan jawapan berkaitan persoalan saudari:
Hukum berjima' dimalam dan hari Eid
Soalan
: Apakah hukum berjima' pada hari dan malam Eid (soalan saya termasuk
kedua-dua Eid)? Saya mendengar dari beberapa ikhwan yang ikhlas bahawa
ia tidak dibenarkan.
Alhamdulillah.
Apa yang anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar.
Berjima' pada malam dan siang Eid adalah dibenarkan , tidaklah haram
kecuali pada siang didalam bulan Ramadan dan apabila didalam ihram Haji
dan Umrah, dan apabila wanita datang haid atau keluar darah selepas
bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang sebaiknya.
Adapun
jima pada hari-hari lain yg dinyatakan oleh saudari itu, tidaklah saya
ketemukan dgn dalil yang sahih. Namun begitu tidak saya katakan apabila
tidak saya temui, maka tidak wujud akan dalil itu. Saya hanya menjawab
persoalan saudari setakat mana yang saya tahu. Sekiranya saudari
bertanya kpd yg lain, kemungkinan jawapannya berbeza. Tapi harus diingat
agar diminta skali nas dan dalil akan jawapannya. Kemudian bawakan
kembali kepada saya dan insya Allah saya akan komen.
Berbalik kepada persoalan saudari. 3 keadaan haram berjima yg diberikan di atas mempunyai dalil yang jelas.
Yang pertama: Dalil haram berjima pada siang didalam bulan Ramadhan.
"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu, Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah kamu, hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf alam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah: 187).
Yang kedua: Haram bersetubuh ketika dlm ihram.
(Masa
untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum.
Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat
mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan
tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa
mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah
diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya
kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari
keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang
berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [Surah Al-Baqarah-197]
Yang ketiga: Dalil haram berjima pada ketika haid dan nifas.
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.
Hadits menerangkan ayat di atas
"Saya
hanya perintahkan kepadamu supaya kamu tidak menyetubuhi mereka ketika
mereka itu dalam keadaan haidh; dan saya tidak menyuruh kamu untuk
mengusir mereka dari rumah seperti yang dilakukan oleh orang ajam.
Ketika orang-orang Yahudi mendengar penjelasan ini, kemudian mereka
berkata: si laki-laki ini (Nabi Muhammad) bermaksud tidak akan
membiarkan sedikitpun dari urusan kita, melainkan ia selalu
menyalahinya."
Keterangan hukum haram yang kedua:
Perempuan yang sedang dalam nifas adalah seperti hukum perempuan yang haidh di dalam masalah ini.
Menurut jumhur ulamak tidak boleh (diharamkan) menyetubuhi isteri sehinggalah setelah putus haidhnya dan mandi junub.
Manakala Hanafi, suami boleh menyetubuhi isterinya sebaik sahaja darahnya putus, sekalipun belum mandi junub lagi.
Hukum istimta dengan isteri yang sedang haidh
Tidak
mengapa memeluk isteri yang sedang haidh, menyentuh, mencium dsbnya,
iaitu pada selain dari anggota di antara pusat dan lutut. Perkara ini
dipersetujui oleh semua ulamak.
Mereka
berselisih pendapat di dalam masalah beristimta (berseronok) pada
anggota di antara pusat dan lutut. Terdapat tiga pendapat:
1.
Kebanyakan ulamak, termasuk SyafiI, Maliki, dan Abu Hanifah: Hukumnya
adalah haram. Alasannya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara
haram (Saddan liz-zaraiI). Juga kerana terdapat di dalam maksud hadits
Aisyah r.a. riwayat syaikhain yang melarang berbuat demikian.
2.
Hanbali dan al-AuzaI dll. Berpendapat: Dibolehkan, kerana hadits:
"Lakukanlah apa saja melainkan jimak." (HR jamaah kecuali Bukhari dari
Anas bin Malik).
3.
Ulamak golongan ketiga berpendapat: Terdapat perincian, jika suami
dapat menahan diri dari faraj (menyetubuhi isterinya), mungkin kerana
terlalu warak atau kerana lemah syahwat, maka ini diharuskan. Jika
tidak, maka haram hukumnya.
Dr.
Wahbah al-Zuhaili memberi tarjih, dalam keadaan biasa hendaklah beramal
dengan pendapat yang lebih berhati-hati (pendapat pertama). Jika
seseorang itu baru kembali dari permusafiran atau dalam keadaan
syahwatnya begitu kuat, maka dibenarkan beramal dengan dua pendapat yang
akhir, tetapi dengan syarat, hendaklah dia dapat mengawal dirinya dari
faraj. Ini adalah untuk menghalang diri dari tercebur ke dalam perkara
maksiat dengan melihat perempuan lain (ajnabi) dsbnya. (Al-Feqh
al-Islami, vol 3, hal. 552-554)
Inilah
waktu yang nyata haram utk berjima Adapun waktu lain tidaklah saya
temui akan ketidak-bolehan utk berjima. Setakat apa yang saya tahu tidak
wujud akan apa2 yg dikatakan sepertimana di dalam soalan itu.
Syaitan
sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila waktu sekalipun.
Tidaklah ditentukan pada masa-masa tertentu. Dengan sebab itulah nabi
saw telah mengajar kita adab ketika hendak bersetubuh. Ikutilah sunnah
nabi saw dan insya Allah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Mungkin
kata-kata alim itu berdasar dari hadits-hadits dhaif yang cukup meluas
dipakai pada masa kini. Untuk saya, saya menolak hadits dhaif selagi
mana tidak ada ulama muktabar yang mengatakan hadits dhaif itu di sokong
oleh hadits-hadits yang sahih. Dengan erti kata lain hadits dhaif itu
cukup syarat untuk kita amalkan. Namun begitu, ulama hadits hanya
membolehkan pemakaian hadits dhaif hanyalah untuk fadhail amal sahaja.
Tidak untuk membuat hukum. Dalam bab soalan ini, saudari menanyakan
hukum, maka jelas hadits dhaif adalah tertolak. Di antara
perkara-perakra yang sering kita dengar berkaitan jima ini adalah
seperti di bawah:
Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?
Sebahagian
kitab ada mengatakan bahwa dimakruhkan bercakap-cakap ketika berjimak.
(lihat: Al-Feqhul Wadhih, vol. 2, Dr. Muhamad Bakr Ismail). Kami tidak
tahu apakah alasan lain kemakruhan berkenaan selain dari sebuah hadits
dhaif. Barangkali hanya sebagai menjaga adab-adab ketika jimak bersama
isteri. Hadits nabi berkenaan ialah:
Ertinya:
"Dari Qabishah bin Zu'ib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah
kamu banyak berkata-kata ketika berjimak dengan perempuan (isteri),
kerana sesungguhnya ia dapa menjadikan (anak yang lahir) bisu dan
gagap." (Terlalu dha'if / lemah)
Menurut
penjelasan alBani, hadits ini adalah hadits Mursal, di mana perawi yang
bernama Qabishah adalah seorang tabi'in yang tidak mungkin bertemu
dengan Rasulullah s.a.w.
* Hadits Mursal ialah hadits yang disandarkan kepada tabi'in.
Terdapat
lagi seorang perawi di dalam hadits ini yang bernama Zuhair. Beliau ini
diperselisihkan statusnya. Antara yang memberi komentar ialah al-Hafiz,
katanya, bahawa apabila penduduk Syam meriwayatkan hadits dari dia, maka haditsnya tidak sah.
Hadits di atas bertaraf terlalu dha'if, dan tidak dapat dijadikan hujah.
--------
Terdapat lagi sebuah hadits palsu yang tidak dapat dijadikan hujah dan pegangan:
Ertinya:
"Apabila salah seorang dari kamu berjimak, maka janganlah melihat
kemaluan (isterinya) kerana ia akan mewarisi keturunan yang buta, dan
Janganlah banyak bercakap ketika berjimak kerana ia akan mewarisi
keturunan yang bisu." (Hadits Maudhu')
Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang tidak dapat dipercayai. ( Albani)
---------
Dua hadits di atas tidak boleh disebarkan dan diriwayatkan.
---------
Masalah: Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?
Jawab: Tidak benar.
Jadi
saya nasihatkan kepada saudari dan juga semua, paabila didatangkan
sesuatu yang baru yang agak pelik, cari atau tanyakanlah dalilnya
terlebih dahulu. Sekiranya dikemukakan dalil yang sahih, barulah boleh
kita beramal dengannya. Berkaitan pemakaian hadits dhaif, saya
nasihatkan adalah lebih baik kita hanya berpaut pada dahan yang kukuh
yakni al-Quran dan hadits sahih semata-mata melainkan telah diwartakan
oleh ulama-ulama muktabar akan kebolehan memakai hadits dhaif tertentu.
sumber : http://www.islam2u.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan